Members

Monday, July 30, 2012

Inspektor Polis Mengaku Tidak Bersalah Pukul Pekerja Hotel

Inspektor Polis Mengaku Tidak Bersalah Pukul Pekerja Hotel

Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, Seremban atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.
Tertuduh, Inspektor Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.
Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di Seremban pada 17 Julai lepas.
Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di Seremban pada tarikh yang sama.
Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di Seremban pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.
Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk “Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban” berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara.
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz22Ya6wqt1

Duit Raya Felda RM43.2 Juta

SIK – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan pemberian wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda.
Najib berkata pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka.
Beliau berkata kadar ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.
Katanya 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta.
Najib berkata demikian pada majlis perasmian Program Rahmat Ramadan peringkat Kebangsaan di padang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya di sini.
Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Bayaran pada tahun ini bertambah RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding bayaran tahun 2011 iaitu RM42.6 juta.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan sagu hati kepada jawatankuasa masjid di semua Felda berjumlah RM792,500, peruntukan untuk Program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000 dan Program Ihya Ramadan kawasan Parlimen Felda RM540,000.
“Semua janji kita tunaikan… itu pun (selaras dengan ajaran) Islam. Walaupun Felda dah disenarai (di Bursa Malaysia) bantuan yang sebelum ini diberi kita teruskan. Jadi duit raya tetap kita beri kepada peneroka,” katanya.
Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Dalam kunjungan ke Parlimen Sik hari ini, Perdana Menteri turut melancarkan program bantuan Kasih Felda kepada kampung tradisional yang berhampiran kawasan Felda.
Program ini berbentuk pembaikan rumah uzur yang perlu dinaik taraf.
Di Kedah, sebanyak 1,000 rumah dikenal pasti menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap rumah dengan jumlah bantuan sebanyak RM5 juta.
Perdana Menteri kemudian berbuka puasa bersama peneroka Felda dan penduduk di kawasan Parlimen Sik.
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz22Ya6wqt1

Budak Lima Tahun Hidup Dengan Lembu

Moscow,Russia – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui hidup dengan lembu, tidak boleh bercakap dan hanya cuma mampu berkomunikasi menerusi bunyi lembu  ‘moo’.
Budak berkenaan diselamatkan polis Russia selepas jirannya di daerah Solikamsk membuat laporan.
“Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk,” kata polis.Pihak berkuasa dihubungi oleh jiran yang tinggal berhampiran ladang kecil yang diuruskan ibu bapa budak itu.
    “Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk”kata jurucakap polis
Pegawai polis itu berkata, jiran kepada budak terbabit memberitahu ada seorang kanak-kanak perempuan tinggal dengan lembu.
“Ketika menyiasat dakwaan itu, kami mendapati ia benar,” katanya.
Ketika ditemui kanak-kanak itu tidak memakai sebarang pakaian dan tinggal dengan lembu di ladang berkenaan.
Dia juga selalu dikurung dalam bilik stor oleh ibu bapanya.
Selepas dihantar ke pusat pemulihan, kanak-kanak itu kini ditempatkan dengan keluarga angkat.
Bukan kes pertama
Dia bukan kanak-kanak pertama ditemui dibesarkan oleh haiwan di Russia.
Pada tahun 2009, Natasha Mikhailova ditemui dibesarkan dengan sekumpulan anjing di kediaman bapanya di Chita.
Natasha, yang juga berusia lima tahun ketika ditemui, cuma menyalak untuk berkomunikasi, menyedut makanan dan cuma sebesar kanak-kanak berusia dua tahun. 
Hidup Dengan Lembu
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz22Ya6wqt1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...