Members

Wednesday, August 1, 2012

Suami, Isteri Hamil Tujuh Bulan Maut Dirempuh Bas

Maut Dirempuh Bas

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, mereka dilanggar bas berkenaan yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu.

Pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kita masih menyiasat…bagaimana bas itu hilang kawalan. Mungkin ia berpunca daripada kegagalan sistem brek,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Beliau berkata mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, dua saksi yang ditemui di lokasi kejadian menyifatkan kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal.

Saiful Azhar Ismail, 39, berkata beliau yang dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan suami isteri itu.

“Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta Mercedes, lalu menghentam motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas,” katanya.

Khairi Azwan, 29, pula berkata kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.

“Saya turut membantu mangsa yang cedera dan sempat membawa keluar pelajar-pelahar sekolah dari bas berkenaan.

“Saya lihat pemandu bas yang merempuh kenderaan itu hanya mengalami kecederaan di lutut,” katanya yang ketika itu dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan.

Dalam pada itu, bapa Siti Noor Edayu, Roslan Jalil, 53, berkata kehilangan anaknya adalah sesuatu yang di luar jangkaan ketika mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru.

“Saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku ke atas anak saya. Namun, saya terima takdir ini dan reda beliau sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HKL.

Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki berusia dua tahun. – BERNAMA
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz22Ya6wqt1

Cara Zalim Kanak-kanak China Dilatih Untuk Jadi Atlet Emas

Video: Cara Zalim Kanak-kanak China Dilatih Untuk Jadi Atlet Emas
China- kaedah zalim digunakan untuk memastikan negara itu melahirkan atlet bertaraf dunia.
Dipukul, diherdik, dimaki umpama binatang. Akhirnya mereka menang emas di olimpik, namun apakah pendekatan itu wajar?
Jika inilah pendekatan dalam semua acara sukan, maka tidak hairanlah China menang dalam pelbagai acara di Olimpik yang setakat hari ke-4, masih menjuarai punggutan pingat di Olimpik London.
 Di negara China  kanak-kanak perlu melalui kesusahan untuk berjaya.
Ibubapa memilih untuk membiarkan sekolah melayan anak mereka secara kasar, asalkan mereka berjaya dan akhirnya membawa keluarga keluar dari kemiskinan dan mendapat sanjungan masyarakat.
Andalah hakim…apa pandangan anda? Adakah ini latihan yang boleh diterima atau ini adalah penderaan kanak-kanak?

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz22Ya6wqt1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...