Members

Friday, August 3, 2012

PM Mahu Chong Wei Cipta Sejarah



DATUK Seri Najib Tun Razak telah meminta Datuk Lee Chong Wei melakarkan sejarah negara dengan merangkul pingat emas dalam acara badminton ,selepas beliau melangkah ke final acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik 2012 London.
“Baru sahaja bercakap dengan Chong Wei, mengucap tahniah kepadanya atas kemenangan hebat! Beritahu beliau supaya mencipta sejarah bagi Malaysia dengan memenangi emas,” kata Perdana Menteri dalam tweetnya semalam.
Chong Wei, pemain nombor dua dunia, mara ke final selepas menjinakkan pemain China, Chen Long, 21-13, 21-14 pada perlawanan separuh akhir malam tadi.
Chong Wei, selaku pilihan utama acara itu pada Sukan Olimpik kali ini, akan menentang juara bertahan Lin Dan dari China pada perlawanan akhir esok.
Lin Dan, yang mengalahkan Chong Wei pada final edisi Sukan Olimpik lepas di Beijing pada 2008, turut mara ke perlawanan akhir dengan mengalahkan Lee Hyun Il dari Korea Selatan, 21-12, 21-10, pada satu lagi perlawanan separuh akhir. 
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz22Ya6wqt1

Ikan Paus Mati Mungkin Alami Masalah Deria

Ikan Paus Mati Mungkin Alami Masalah Deria

KOTA KINABALU – Seekor ikan paus seberat lebih 10 tan yang terdampar selama 12 jam di muara Sungai Sitompok di Kuala Penyu semalam, ia ditemui mati yang berkemungkinan  masalah deria yang tidak berfungsi selepas berpisah daripada kumpulannya.
Penguasa Perikanan Daerah Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, paus sepanjang kira-kira 17 meter spesies Balen itu dipercayai mengalami tekanan apabila berada di kawasan bukan habitat biasanya.
“Melalui pemerhatian saya, derianya akan menghadapi tekanan dan ia berdepan dengan masalah deria yang menyebabkan sensornya tidak berfungsi.
“Saya juga lihat badannya tidak sesuai dan tidak berapa normal dengan persekitaran yang ada dan boleh menggangu sistem badannya,” katanya kepada Bernama.
 Seorang pekerja Taman Pulau Tiga terjumpa ikan paus tersebut  terdampar kira-kira 20 meter dari gigi air sungai itu pada jam 9 pagi.
Semasa die menjumpainya, ikan itu masih bergerak, bagaimanapun kira-kira pukul 8 malam tadi ikan itu ditemui tidak bernyawa lagi.
Julin yang pertama kali menguruskan penemuan ikan paus itu berkata, pihaknya berusaha untuk menyelamatkan paus berkenaan termasuk membawa keluarnya dari kawasan pantai itu dan menyiram air menggunakan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Kita juga tidak mempunyai pakar dan kemahiran untuk usaha menyelamatkan paus itu, kedudukannya tidak kena dan mungkin tidak ada air menyebabkan dia mati,” katanya.
Pihaknya melantik syarikat kontraktor untuk mengangkat bangkai ikan itu untuk dibawa ke satu lokasi pengkebumian khas di sekitar Kuala Penyu.
Katanya, kerja-kerja untuk mengangkat ikan paus itu mengambil masa lebih tiga jam sejak memulakan operasi jam 2 petang tadi.

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz22Ya6wqt1

Hilang 4 Jari Akibat Mesin Kisar Ikan


China-Seorang wanita hilang keempat-empat jari tanganya apabila jari tangannya termasuk dalam mesin pegisar ikan. Ketika kejadian berlaku mangsa hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum salah seorang rakan mangsa datang  mematikan suiz mesin itu. Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz22Ya6wqt1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...