Members

Saturday, August 4, 2012

Tempoh Hidup Macaulay Culkin Hanya Tinggal 6 Bulan



BEKAS aktor cilik yang pernah menjadi bintang filem Home Alone(gambar di bawah), Macaulay Culkin, dikatakan hanya mempunyai jangka hayat selama enam bulan lagi.
Menurut laporan Inquisitr, bekas kekasih aktres Mila Kunis itu menghabiskan wangnya sebanyak RM18,000 (US$ 6,000) sebulan untuk membeli pelbagai jenis ubat yang dilarang.
Malah Macaulay telah berpindah ke Manhattan untuk menyertai pesta dadah.
“Macaulay hanya mampu bergantung pada ubat-ubatan dan itu boleh membunuhnya. Dia ketagih dengan dadah jenis heroin, oxycodone, percocet dan vicodin.
“Saya lihat sendiri bagaimana dia boleh ambil semua itu dalam satu masa,” kata sumber.
Februari lalu, paparazzi merakamkan fotonya dengan keadaan kurus kering. Ia dikatakan berpunca daripada masalah tekanan perasaan yang berpanjangan sejak putus cinta dengan Mila tahun lalu.
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz22Ya6wqt1

Lelaki Mati Ditembak Ketika Melepak

Lelaki Mati Ditembak
KUALA LUMPUR – Akibat dendam, seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal kelab malam mati ditembak di Serdang Perdana , malam tadi.
Dalam kejadian tersebut mangsa yang dikenali sebagai K.Silvan, umur 27 tahun, mati ditembak dalam jarak yang dekat ketika sedang melepak dan minum bersama dua lagi rakannya di bahu jalan pada kira-kira jam 11.30 malam.
Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Abd Razak Elias berkata, mangsa ditembak satu das di kepala serta dua das di bahagian badan dan polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam.
“Siasatan awal mendapati penembak itu merupakan dua suspek lelaki berumur lingkungan 20-an yang menaiki motor jenis Yamaha LC dengan memakai topi keledar bertutup penuh. Ketika kejadian berlaku salah seorang suspek telah turun dan menembak mangsa manakala seorang lagi rakannya menunggu di motosikal,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Bagaimanapun, Abd Razak berkata dan dua lagi rakan mangsa tidak dicederakan dalam kejadian itu. Beliau berkata, mangsa yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.Polis meminta saksi kejadian agar tampil memberikan maklumat di balai polis berdekatan.
Sementara itu, menurut saksi kejadian yang enggan dikenali memberitahu mangsa bekerja di kelab malam sekitar Serdang dan tinggal di flat Taman Universiti, Seri Kembangan.
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz22Ya6wqt1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...