Members

Friday, August 3, 2012

Ikan Paus Mati Mungkin Alami Masalah Deria

Ikan Paus Mati Mungkin Alami Masalah Deria

KOTA KINABALU – Seekor ikan paus seberat lebih 10 tan yang terdampar selama 12 jam di muara Sungai Sitompok di Kuala Penyu semalam, ia ditemui mati yang berkemungkinan  masalah deria yang tidak berfungsi selepas berpisah daripada kumpulannya.
Penguasa Perikanan Daerah Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, paus sepanjang kira-kira 17 meter spesies Balen itu dipercayai mengalami tekanan apabila berada di kawasan bukan habitat biasanya.
“Melalui pemerhatian saya, derianya akan menghadapi tekanan dan ia berdepan dengan masalah deria yang menyebabkan sensornya tidak berfungsi.
“Saya juga lihat badannya tidak sesuai dan tidak berapa normal dengan persekitaran yang ada dan boleh menggangu sistem badannya,” katanya kepada Bernama.
 Seorang pekerja Taman Pulau Tiga terjumpa ikan paus tersebut  terdampar kira-kira 20 meter dari gigi air sungai itu pada jam 9 pagi.
Semasa die menjumpainya, ikan itu masih bergerak, bagaimanapun kira-kira pukul 8 malam tadi ikan itu ditemui tidak bernyawa lagi.
Julin yang pertama kali menguruskan penemuan ikan paus itu berkata, pihaknya berusaha untuk menyelamatkan paus berkenaan termasuk membawa keluarnya dari kawasan pantai itu dan menyiram air menggunakan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Kita juga tidak mempunyai pakar dan kemahiran untuk usaha menyelamatkan paus itu, kedudukannya tidak kena dan mungkin tidak ada air menyebabkan dia mati,” katanya.
Pihaknya melantik syarikat kontraktor untuk mengangkat bangkai ikan itu untuk dibawa ke satu lokasi pengkebumian khas di sekitar Kuala Penyu.
Katanya, kerja-kerja untuk mengangkat ikan paus itu mengambil masa lebih tiga jam sejak memulakan operasi jam 2 petang tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...